Pembuka Kata

Semuanya mengenai Negeri Sembilan yang tercinta :)

Tuesday, August 25, 2009

Jom Jalan-Jalan- Port Dickson

Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan. Maksudnya Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan. Ia ialah kawasan yang kedua terkecil di Negeri Sembilan.

Port Dickson menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh dari bandaraya untuk penduduk tempatannya relaks. Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.

Nama Port Dickson diambil sempena nama Sir John Frederick Dickson, seorang pegawai British pada zaman penjajahan British. Nama asal Port Dickson ialah Tanjung atau Tanjung Tin. Ini kerana muka bumi pantainya berbentuk tanjung kecil yang membolehkan kapal-kapal berlabuh. Nama lainnya ialah Arang kerana ada kilang menghasilkan arang di hadapan pantainya.

Port Dickson terkenal kerana adanya pantai yang panjang dan indah dari Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar hingga ke Pasir Panjang. Pantai Teluk Kemang yang cantik ialah di Batu 8 dan Batu 7. Pantainya landai, bersih, pasir putih halus dan dilengkapi dengan kedai makanan, bilik mandi dan tandas serta pondok-pondok rehat.

No comments:

Post a Comment