Pembuka Kata

Semuanya mengenai Negeri Sembilan yang tercinta :)

Sunday, August 30, 2009

Homestay D' N.Sembilan

HOMESTAY KAMPUNG LONEK
Homestay Lonek yang terletak di Daerah Jempol merupakan satu destinasi pelancongan yang berkonsepkan pengalaman kehidupan desa dengan tarikan keindahan alam semulajadi yang menghijau beserta dengan tradisi budaya dan warisan kehidupan berteraskan sistem Adat Perpatih dengan tradisi budaya dan warisan kehidupan berteraskan sistem Adat Perpatih.
Suasana Kampung Lonek dikelilingi oleh pemandangan saujana kehijauan sawah padi, ladang getah, dan kelapa sawit di samping pokok-pokok buah-buahan di sekeliling kampung. Di samping itu terdapat juga perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana yang berasaskan rotan, buluh dan mengkuang untuk seni kraftangan, juga mee kuning dan kuih-muih tradisional masyarakat kampung.
Dengan projek tanaman padi yang meluas di Kampung Lonek ini, maka pihak Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Homestay Lonek mengambil inisiatif untuk mengadakan Pesta Mengemping sebagai nostalgia budaya dan warisan nenek moyang kita dahulu.
Lokasi
Homestay Kg Lonek terletak di dalam daerah Jempol, N.Sembilan. Bagi pelancong yang datang dari arah utara, mereka boleh melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur - Johor sehingga ke Seremban. Dari lebuh raya, di susur keluar ke Senawang, terdapat signboard ke KUALA PILAH. Mereka boleh mengikut arah Kuala Pilah, dengan melalui Bandar Senawang, jalan Bukit Putus, Ulu Bendul serta Kuala Pilah. Sampai di Kuala Pilah, anda akan lihat papan tanda di persimpangan Kuala Pilah iaitu arah kiri ke Homestay Kg Lonek. Ikut arah itu, dan melalui jalan ke PEKAN BATU KIKIR. Selepas Pekan Batu Kikir, ada simpang ke kanan ke Homestay Kg Lonek. Menghampiri Homestay Kg Lonek, anda akan melalui Teratak Zaaba yang berada di sebelah kawasan Homestay Lonek. Selepas Teratak Zaba, anda akan lihat signboard ke kanan, Homestay Kg Lonek 1.9 KM.
Bagi pelancong dari selatan tanah air, mereka boleh melalui jalan samada dari Gemas, Muazam ataupun Rompin. Mereka boleh mengikut arah jalan ke BAHAU. Homestay Kg Lonek terletak lebih kurang 3 KM dari Bahau. Mereka juga boleh mendapatkan pengangkutan Keretapi Tanah Melayu yang terus ke BAHAU. Agen kami pasti berbesar hati menjemput anda di Bahau.


Alamat
Homestay Kg. Lonek
No.10, Kampung Lonek, Batu Kikir, 72100, Bahau, Negeri Sembilan
Tel:+60192871410 Faks:+6064984379 Email:homestay_lonek@yahoo.com.my

HOMESTAY F'BEST
Homestay ini telah bermula sejak Januari 2004 dan F’Best digunakan sebagai nama homestay ini kerana ia merupakan jenama produk Felda. Tarikan utama homestay ini ialah pengalaman kehidupan harian peneroka Felda yang diketahui umum sebagai mereka yang terlibat dalam sektor asas tani. Majoriti penduduk di kawasan ini merupakan peneroka berbangsa Melayu, India dan Cina. Buat masa ini, terdapat seramai 40 penduduk yang menyertai sebagai peserta tuan rumah di program homestay ini.
F’Best Homestay terletak kira-kira 100 km dari Bandar Seremban dan ia merangkumi tujuh rancangan Felda yang meliputi 6805 hektar kawasan perkampungan dan ladang. Ianya juga terletak berdekatan PULAPOL dan merupakan laluan ke beberapa tempat menarik di Pantai Timur seperti Tasik Cini.
Pengunjung boleh menaiki teksi atau bas (Damai Express, SKB Express dan Transnasional) untuk ke homestay ini dari Seremban ke Bahau. Dari Pekan Bahau, lazimnya pihak homestay akan mengatur untuk membawa pengunjung ke homestay menggunakan kereta atau van. Perjalanan menggunakan kereta dari Seremban akan melalui Kuala Pilah, Batu Kikir dan Bandar Seri Jempol. Laluan ini merupakan laluan ke Pantai Timur.
Alamat
F’Best Homestay
Pejabat Felda Serting Hilir 4, Serting Hilir Kompleks, , 72120, Bandar Sri Jempol, NEGERI SEMBILAN
Tel:064685424 Faks:064685424 Email:fbesth@stremyx.com


HOMESTAY BATANG NYAMOR

Mendapat nama apabila Batin Pak Nilu, anak Batin Chepa dan ipar kepada Batin Skudai ingin membina penempatan. Semasa meneroka hutan, Batin Pak Nilu telah bertemu sebatang pokok Merbau yang luar biasa besar dan tingginya. Setelah habis ditebang (14 hari) dengan menggunakan kekuatan tenaga zahir dan kekuatan batin tumbanglah pokok Merbau yang besar itu. Kawasan yang diteroka begitu dan akhirnya di bina dua penempatan.
Oleh itu, Kampung Mungkal berasal dari pangkal pokok Merbau yang luar biasa besarnya. Batang Nyamor pula berasal dari batang pokok Merbau yang terjemur. Nama Rembau berasal dari pohon Merbau yang ditebang oleh kedua-dua Tok Batin. Manakala Kampung Jeram pula berpunca dari Jeram yang terbina dan terbentuk dari sebatang sungai yang mengalir di kampung ini. Dimana air sungai yang mengalir ini menjadi sumber minuman penduduk bermula dari penerokaan penempatan ini lagi.


Alamat : Homestay Batang Nyamor
No 61 Batang Nyamor, 71350, Rembau, Negeri Sembilan
Tel:013-6543746 Faks:06-4383828 Email:hokopkbn@yahoo.com

HOMESTAY KAMPUNG PACHITAN


Kampong Pachitan dibuka pada tahun 1922 oleh pendatang-pendatang dari Pulau Jawa Indonesia. Kampung ini dinamakan Kampong Pachitan sempena mengambil nama satu daerah di Pulau Jawa iaitu Pacitan kerana kebanyakan pendatang-pendatang berasal dari daerah tersebut.
Merupakan satu-satunya homestay di Negeri Sembilan yang mengamalkan adat resam masyarakat jawa. Dengan semangat gotong-royong penduduk-penduduk kampung telah bersama-sama mengindahkan kampung ini dan hasil daripada usaha tersebut kampung ini telah dinobatkan Juara Kebangsaan Kategori Keindahan & Keceriaan bagi Pertandingan Kampung Desa Wawasan tahun 2006.Keutuhan kehidupan bermasyarakat yang diamalkan dengan semangat gotong-royong yang menjadi darah daging telah menjadikan kampung ini begitu unik dan menarik untuk dikunjungi.
Langkah pertama anda di sini akan kami sambut dengan paluan kompang, silat jawa dan Minuman Selamat Datang ( Jelly Kelapa ). Keramahan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh penduduk-penduduk kampung akan membuatkan anda merasa seperti dikelilingi oleh keluarga sendiri ditambah dengan keenakan masakan ala jawa yang dihidangkan seperti Nasi Ambang dan aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan membuatkan ada berat hati untuk meninggalkan kampung ini.

Alamat
Homestay Pachitan
Kampong Pachitan Chuah, 71960, Port Dickson, NEGERI SEMBILAN
Tel:6012 - 6075597 Faks:606 - 6581202 Email:pachitanhomestay@yahoo.com.my


HOMESTAY LAMAN KLAWANG
Homestay ini telah ditubuhkan pada 25 September 2008 dan merupakan homestay ke 8 yang diwujudkan di Negeri Sembilan. Jelebu merupakan Daerah yang cantik dan menarik serta juga kaya dengan tradisi yang datangnya dari Pulau Sumatera, Indonesia iaitu “ Adat Perpatih “. Adat Perpatih ini merupakan adat yang sebenar mereka amalkan. Daerah jelebu dikelilingi oleh Hutan Katulistiwa yang menghijau.
Dengan suasana persekitaran yang mengekalkan alam semulajadi dan budaya Adat Perpatih, Homestay Klawang mempunyai satu keunikkan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara
untuk sama-sama mengecapi suasana kampung yang masih terpelihara alam semulajadinya dan mengekalkan ciri-ciri tradisinya.

Homestay Klawang terletak di Daerah Jelebu, Negeri Sembilan. 78 kilometer dari Kuala Lumpur dan 40 kilometer dari Seremban dengan anggaran masa perjalanan hanya mengambil masa selama 20 minit dari bandar Seremban dan 40 minit dari KLIA.
Untuk sampai ke homestay ini, anda boleh mengambil perkhidmatan teksi sewa dan bas 'City Liner' dari Terminal 1 di bandar Seremban.Jika anda ingin memandu sendiri, anda boleh memandu melalui jaringan Lebuah Raya Bukit Tangga sehingga tiba di Pekan Kuala Klawang, Jelebu. Setibanya di Pekan Kuala Klawang, terdapat banyak papan tanda tunjuk arah yang akan membantu anda untuk mudah sampai ke homestay ini.


Alamat
Homestay Klawang
JAWATANKUASA HOMESTAY KLAWANG KAMPUNG HULU JELEBU KUALA KLAWANG , 71600, Jelebu, Negeri Sembilan
Tel:06-6137972 Email:hawanajelebu@gmail.com.


HOMESTAY GEMAS



Homestay Gemas telah diwujudkan pada tahun 2006,ia merupakan gabungan 4 buah kampung tradisional yang terdapat di daerah kecil Gemas iaitu Kg Londah,Kg Ulu Ladang,Kg Bangkahulu dan Kg Ladang.Tinggalan sejarah seperti Tugu Peringatan Sg.Kelamah dan Laluan Hang Tuah-Tun Teja adalah antara tarikan bagi homestay ini selain daripada sawah padi yang menguning dan produk kraftangan yang berasaskan kelapa. Homestay ini juga menawarkan masakan traditional seperti kuih Tat Seberang dan madu Lebah Asli untuk dicuba dan dirasai oleh pelancong yang datang.
Homestay Gemas juga mempunyai kemudahan tapak perkhemahan di tepi Sungai Muar yang dikenali Danau Kubang. Disini juga tersedia kawasan rekreasi yang menyediakan gelanggang futsal,dewan terbuka dan bilik persalinan.
Tarikan eco pelancongan yang ingin dieksplotasikan adalah Gua Emas yang sekian lama tersembunyi keunikannya yang tersendiri. Gua Emas ini juga yang menjadi sumber pendapatan penduduk Gemas pada zaman dahulu. Oleh kerana emas begitu berharga dan ramai orang yang mendapat keuntungan maka nama Gemas diambil atas nama Gua Emas. Ianya kekal sehingga sekarang.

Bagi pengunjung yang menggunakan jalanraya, mereka boleh melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan turun di Simpang Ampat,Alor Gajah,Melaka.Dari Simpang Ampat, perjalanan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Homestay Gemas dengan melalui Bandar Tampin dan Pekan Gemencheh.Manakala yang menaiki keretapi, Pekan Gemas merupakan tempat perhentian keretapi dari utara,selatan dan timur.

Alamat
Homestay Gemas
Dataran Homestay Gemas, Kampung Ulu Ladang, 73400, Gemas, Negeri Sembilan
Tel:012-7971878 Faks:07-9481143 Email:homestaygemas@ymail.com


HOMESTAY LAMAN BANGKINANG





Homestay Laman Bangkinang adalah satu daripada beberapa program homestay yang sangat popular di Negeri Sembilan.Homestay Laman Bangkinang merupakan homestay ke-4 ditubuhkan selepas Homestay Pelegong,F Best Homestay Serting Hilir dan Homestay Kampung Lonek.Homestay ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Mohammad bin Hj. Hassan,Menteri Besar Negeri Sembilan pada 13.Mei.2005.
Program Homestay Laman Bangkinang adalah lebih cenderung ke arah life-style homestay yang berkonsepkan kehidupan kampung tradisi dan warisan budaya berlandaskan Adat Perpatih.Ini merupakan niche Homestay Laman Bangkinang.

Homestay Laman Bangkinang terletak di dalam Mukim Ulu Jempol,Kampung Tapak adalah sebuah kampung tradisi yang berkeluasan kira-kira 6km persegi.Dengan jumlah penduduk melebihi 200 orang,yang mendiami 48 buah rumah.
Secara geografinya,Kampung Tapak terletak di ulu lembangan Sungai Jempol,di celah gugusangugusan hujung selatan Banjaran Titiwangsa.dengan hubungan jalanraya yang amat baik,ia dihubungkan terus dari pekan Batu Kikir sejauh 12km,pekan terhampir dan laluan utama ke Kampung Tapak.Jarak dari bandar Kuala Pilah adalah 26km.Kampung Tapak juga boleh dikunjungi melalui Pertang di daerah Jelebu


Alamat
Homestay Laman Bangkinang, Kg. Tapak
no.8888, Kg. Tapak, 72200, Batu Kikir, NEGERI SEMBILAN
Tel:0122752234 Faks:064983301 Email:bangkinang_2000@yahoo.com


HOMESTAY KAMPUNG PELEGONG


Homestay Kampung Pelegong merupakan sebuah perkampungan di Negeri Sembilan yang hanya 15 km dari Bandar Seremban. Kebanyakan penduduk homestay ini mewarisi adat budaya Minangkabau yang dibawa dan diamal oleh nenek moyang yang merupakan pendatang dari Sumatra Barat, Indonesia. Keunikan adat budaya ini menjadi satu daya tarikan kepada homestay Kampung Pelegong, lebih-lebih lagi Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri di Malaysia di mana penduduknya mewarisi dan mengamal cara dan budaya Minangkabau. Disamping itu, keindahan alam semulajadi yang mengelilingi kawasan kampong ini juga menambah keupayaan homestay ini dalam menarik pengunjung.
Kampung Pelegong banyak menerima anugerah melalui pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan, antaranya ialah Anugerah Kampung Terbaik peringkat Negeri 2001. Homestay Kampung Pelegong pada mulanya dibentuk dan digerakkan sebagai program K3P anjuran Jabatan Penerangan Malaysia yang membuat kempen K3P iaitu kumpulan menulis, membaca dan mendengar. Pada masa itu, program ini banyak menerima kunjungan pelajar yang diatur oleh kolej dan universiti berdekatan. Apabila kerajaan, melalui Kementerian Pelancongan, mula memberi tumpuan kepada pembangunan homestay, projek komuniti di atas telah didaftarkan di Kementerian tersebut sebagai sebuah homestay pada tahun 1996. Bermula dengan hanya dua rumah yang diberi sijil sebagai peserta tuan rumah, hari ini homestay Kampung Pelegong mempunyai 25 peserta tuan rumah yang diiktiraf. Homestay ini pernah menerima anugerah Resort Alam Semulajadi Terbaik dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia).

Alamat
Homestay Kampung Pelegong
Homestay Pelegong, no.3,Anjung Bestari, Kg Pelegong,Batu 8 Labu, 71900, Seremban, Negeri Sembilan
Tel:+60133470825 Faks:+6067615834 Email:imahakob@tm.net.my

No comments:

Post a Comment