Pembuka Kata

Semuanya mengenai Negeri Sembilan yang tercinta :)

Sunday, August 30, 2009

Homestay D' N.Sembilan

HOMESTAY KAMPUNG LONEK
Homestay Lonek yang terletak di Daerah Jempol merupakan satu destinasi pelancongan yang berkonsepkan pengalaman kehidupan desa dengan tarikan keindahan alam semulajadi yang menghijau beserta dengan tradisi budaya dan warisan kehidupan berteraskan sistem Adat Perpatih dengan tradisi budaya dan warisan kehidupan berteraskan sistem Adat Perpatih.
Suasana Kampung Lonek dikelilingi oleh pemandangan saujana kehijauan sawah padi, ladang getah, dan kelapa sawit di samping pokok-pokok buah-buahan di sekeliling kampung. Di samping itu terdapat juga perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana yang berasaskan rotan, buluh dan mengkuang untuk seni kraftangan, juga mee kuning dan kuih-muih tradisional masyarakat kampung.
Dengan projek tanaman padi yang meluas di Kampung Lonek ini, maka pihak Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Homestay Lonek mengambil inisiatif untuk mengadakan Pesta Mengemping sebagai nostalgia budaya dan warisan nenek moyang kita dahulu.
Lokasi
Homestay Kg Lonek terletak di dalam daerah Jempol, N.Sembilan. Bagi pelancong yang datang dari arah utara, mereka boleh melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur - Johor sehingga ke Seremban. Dari lebuh raya, di susur keluar ke Senawang, terdapat signboard ke KUALA PILAH. Mereka boleh mengikut arah Kuala Pilah, dengan melalui Bandar Senawang, jalan Bukit Putus, Ulu Bendul serta Kuala Pilah. Sampai di Kuala Pilah, anda akan lihat papan tanda di persimpangan Kuala Pilah iaitu arah kiri ke Homestay Kg Lonek. Ikut arah itu, dan melalui jalan ke PEKAN BATU KIKIR. Selepas Pekan Batu Kikir, ada simpang ke kanan ke Homestay Kg Lonek. Menghampiri Homestay Kg Lonek, anda akan melalui Teratak Zaaba yang berada di sebelah kawasan Homestay Lonek. Selepas Teratak Zaba, anda akan lihat signboard ke kanan, Homestay Kg Lonek 1.9 KM.
Bagi pelancong dari selatan tanah air, mereka boleh melalui jalan samada dari Gemas, Muazam ataupun Rompin. Mereka boleh mengikut arah jalan ke BAHAU. Homestay Kg Lonek terletak lebih kurang 3 KM dari Bahau. Mereka juga boleh mendapatkan pengangkutan Keretapi Tanah Melayu yang terus ke BAHAU. Agen kami pasti berbesar hati menjemput anda di Bahau.


Alamat
Homestay Kg. Lonek
No.10, Kampung Lonek, Batu Kikir, 72100, Bahau, Negeri Sembilan
Tel:+60192871410 Faks:+6064984379 Email:homestay_lonek@yahoo.com.my

HOMESTAY F'BEST
Homestay ini telah bermula sejak Januari 2004 dan F’Best digunakan sebagai nama homestay ini kerana ia merupakan jenama produk Felda. Tarikan utama homestay ini ialah pengalaman kehidupan harian peneroka Felda yang diketahui umum sebagai mereka yang terlibat dalam sektor asas tani. Majoriti penduduk di kawasan ini merupakan peneroka berbangsa Melayu, India dan Cina. Buat masa ini, terdapat seramai 40 penduduk yang menyertai sebagai peserta tuan rumah di program homestay ini.
F’Best Homestay terletak kira-kira 100 km dari Bandar Seremban dan ia merangkumi tujuh rancangan Felda yang meliputi 6805 hektar kawasan perkampungan dan ladang. Ianya juga terletak berdekatan PULAPOL dan merupakan laluan ke beberapa tempat menarik di Pantai Timur seperti Tasik Cini.
Pengunjung boleh menaiki teksi atau bas (Damai Express, SKB Express dan Transnasional) untuk ke homestay ini dari Seremban ke Bahau. Dari Pekan Bahau, lazimnya pihak homestay akan mengatur untuk membawa pengunjung ke homestay menggunakan kereta atau van. Perjalanan menggunakan kereta dari Seremban akan melalui Kuala Pilah, Batu Kikir dan Bandar Seri Jempol. Laluan ini merupakan laluan ke Pantai Timur.
Alamat
F’Best Homestay
Pejabat Felda Serting Hilir 4, Serting Hilir Kompleks, , 72120, Bandar Sri Jempol, NEGERI SEMBILAN
Tel:064685424 Faks:064685424 Email:fbesth@stremyx.com


HOMESTAY BATANG NYAMOR

Mendapat nama apabila Batin Pak Nilu, anak Batin Chepa dan ipar kepada Batin Skudai ingin membina penempatan. Semasa meneroka hutan, Batin Pak Nilu telah bertemu sebatang pokok Merbau yang luar biasa besar dan tingginya. Setelah habis ditebang (14 hari) dengan menggunakan kekuatan tenaga zahir dan kekuatan batin tumbanglah pokok Merbau yang besar itu. Kawasan yang diteroka begitu dan akhirnya di bina dua penempatan.
Oleh itu, Kampung Mungkal berasal dari pangkal pokok Merbau yang luar biasa besarnya. Batang Nyamor pula berasal dari batang pokok Merbau yang terjemur. Nama Rembau berasal dari pohon Merbau yang ditebang oleh kedua-dua Tok Batin. Manakala Kampung Jeram pula berpunca dari Jeram yang terbina dan terbentuk dari sebatang sungai yang mengalir di kampung ini. Dimana air sungai yang mengalir ini menjadi sumber minuman penduduk bermula dari penerokaan penempatan ini lagi.


Alamat : Homestay Batang Nyamor
No 61 Batang Nyamor, 71350, Rembau, Negeri Sembilan
Tel:013-6543746 Faks:06-4383828 Email:hokopkbn@yahoo.com

HOMESTAY KAMPUNG PACHITAN


Kampong Pachitan dibuka pada tahun 1922 oleh pendatang-pendatang dari Pulau Jawa Indonesia. Kampung ini dinamakan Kampong Pachitan sempena mengambil nama satu daerah di Pulau Jawa iaitu Pacitan kerana kebanyakan pendatang-pendatang berasal dari daerah tersebut.
Merupakan satu-satunya homestay di Negeri Sembilan yang mengamalkan adat resam masyarakat jawa. Dengan semangat gotong-royong penduduk-penduduk kampung telah bersama-sama mengindahkan kampung ini dan hasil daripada usaha tersebut kampung ini telah dinobatkan Juara Kebangsaan Kategori Keindahan & Keceriaan bagi Pertandingan Kampung Desa Wawasan tahun 2006.Keutuhan kehidupan bermasyarakat yang diamalkan dengan semangat gotong-royong yang menjadi darah daging telah menjadikan kampung ini begitu unik dan menarik untuk dikunjungi.
Langkah pertama anda di sini akan kami sambut dengan paluan kompang, silat jawa dan Minuman Selamat Datang ( Jelly Kelapa ). Keramahan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh penduduk-penduduk kampung akan membuatkan anda merasa seperti dikelilingi oleh keluarga sendiri ditambah dengan keenakan masakan ala jawa yang dihidangkan seperti Nasi Ambang dan aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan membuatkan ada berat hati untuk meninggalkan kampung ini.

Alamat
Homestay Pachitan
Kampong Pachitan Chuah, 71960, Port Dickson, NEGERI SEMBILAN
Tel:6012 - 6075597 Faks:606 - 6581202 Email:pachitanhomestay@yahoo.com.my


HOMESTAY LAMAN KLAWANG
Homestay ini telah ditubuhkan pada 25 September 2008 dan merupakan homestay ke 8 yang diwujudkan di Negeri Sembilan. Jelebu merupakan Daerah yang cantik dan menarik serta juga kaya dengan tradisi yang datangnya dari Pulau Sumatera, Indonesia iaitu “ Adat Perpatih “. Adat Perpatih ini merupakan adat yang sebenar mereka amalkan. Daerah jelebu dikelilingi oleh Hutan Katulistiwa yang menghijau.
Dengan suasana persekitaran yang mengekalkan alam semulajadi dan budaya Adat Perpatih, Homestay Klawang mempunyai satu keunikkan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara
untuk sama-sama mengecapi suasana kampung yang masih terpelihara alam semulajadinya dan mengekalkan ciri-ciri tradisinya.

Homestay Klawang terletak di Daerah Jelebu, Negeri Sembilan. 78 kilometer dari Kuala Lumpur dan 40 kilometer dari Seremban dengan anggaran masa perjalanan hanya mengambil masa selama 20 minit dari bandar Seremban dan 40 minit dari KLIA.
Untuk sampai ke homestay ini, anda boleh mengambil perkhidmatan teksi sewa dan bas 'City Liner' dari Terminal 1 di bandar Seremban.Jika anda ingin memandu sendiri, anda boleh memandu melalui jaringan Lebuah Raya Bukit Tangga sehingga tiba di Pekan Kuala Klawang, Jelebu. Setibanya di Pekan Kuala Klawang, terdapat banyak papan tanda tunjuk arah yang akan membantu anda untuk mudah sampai ke homestay ini.


Alamat
Homestay Klawang
JAWATANKUASA HOMESTAY KLAWANG KAMPUNG HULU JELEBU KUALA KLAWANG , 71600, Jelebu, Negeri Sembilan
Tel:06-6137972 Email:hawanajelebu@gmail.com.


HOMESTAY GEMAS



Homestay Gemas telah diwujudkan pada tahun 2006,ia merupakan gabungan 4 buah kampung tradisional yang terdapat di daerah kecil Gemas iaitu Kg Londah,Kg Ulu Ladang,Kg Bangkahulu dan Kg Ladang.Tinggalan sejarah seperti Tugu Peringatan Sg.Kelamah dan Laluan Hang Tuah-Tun Teja adalah antara tarikan bagi homestay ini selain daripada sawah padi yang menguning dan produk kraftangan yang berasaskan kelapa. Homestay ini juga menawarkan masakan traditional seperti kuih Tat Seberang dan madu Lebah Asli untuk dicuba dan dirasai oleh pelancong yang datang.
Homestay Gemas juga mempunyai kemudahan tapak perkhemahan di tepi Sungai Muar yang dikenali Danau Kubang. Disini juga tersedia kawasan rekreasi yang menyediakan gelanggang futsal,dewan terbuka dan bilik persalinan.
Tarikan eco pelancongan yang ingin dieksplotasikan adalah Gua Emas yang sekian lama tersembunyi keunikannya yang tersendiri. Gua Emas ini juga yang menjadi sumber pendapatan penduduk Gemas pada zaman dahulu. Oleh kerana emas begitu berharga dan ramai orang yang mendapat keuntungan maka nama Gemas diambil atas nama Gua Emas. Ianya kekal sehingga sekarang.

Bagi pengunjung yang menggunakan jalanraya, mereka boleh melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan turun di Simpang Ampat,Alor Gajah,Melaka.Dari Simpang Ampat, perjalanan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Homestay Gemas dengan melalui Bandar Tampin dan Pekan Gemencheh.Manakala yang menaiki keretapi, Pekan Gemas merupakan tempat perhentian keretapi dari utara,selatan dan timur.

Alamat
Homestay Gemas
Dataran Homestay Gemas, Kampung Ulu Ladang, 73400, Gemas, Negeri Sembilan
Tel:012-7971878 Faks:07-9481143 Email:homestaygemas@ymail.com


HOMESTAY LAMAN BANGKINANG





Homestay Laman Bangkinang adalah satu daripada beberapa program homestay yang sangat popular di Negeri Sembilan.Homestay Laman Bangkinang merupakan homestay ke-4 ditubuhkan selepas Homestay Pelegong,F Best Homestay Serting Hilir dan Homestay Kampung Lonek.Homestay ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Mohammad bin Hj. Hassan,Menteri Besar Negeri Sembilan pada 13.Mei.2005.
Program Homestay Laman Bangkinang adalah lebih cenderung ke arah life-style homestay yang berkonsepkan kehidupan kampung tradisi dan warisan budaya berlandaskan Adat Perpatih.Ini merupakan niche Homestay Laman Bangkinang.

Homestay Laman Bangkinang terletak di dalam Mukim Ulu Jempol,Kampung Tapak adalah sebuah kampung tradisi yang berkeluasan kira-kira 6km persegi.Dengan jumlah penduduk melebihi 200 orang,yang mendiami 48 buah rumah.
Secara geografinya,Kampung Tapak terletak di ulu lembangan Sungai Jempol,di celah gugusangugusan hujung selatan Banjaran Titiwangsa.dengan hubungan jalanraya yang amat baik,ia dihubungkan terus dari pekan Batu Kikir sejauh 12km,pekan terhampir dan laluan utama ke Kampung Tapak.Jarak dari bandar Kuala Pilah adalah 26km.Kampung Tapak juga boleh dikunjungi melalui Pertang di daerah Jelebu


Alamat
Homestay Laman Bangkinang, Kg. Tapak
no.8888, Kg. Tapak, 72200, Batu Kikir, NEGERI SEMBILAN
Tel:0122752234 Faks:064983301 Email:bangkinang_2000@yahoo.com


HOMESTAY KAMPUNG PELEGONG


Homestay Kampung Pelegong merupakan sebuah perkampungan di Negeri Sembilan yang hanya 15 km dari Bandar Seremban. Kebanyakan penduduk homestay ini mewarisi adat budaya Minangkabau yang dibawa dan diamal oleh nenek moyang yang merupakan pendatang dari Sumatra Barat, Indonesia. Keunikan adat budaya ini menjadi satu daya tarikan kepada homestay Kampung Pelegong, lebih-lebih lagi Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri di Malaysia di mana penduduknya mewarisi dan mengamal cara dan budaya Minangkabau. Disamping itu, keindahan alam semulajadi yang mengelilingi kawasan kampong ini juga menambah keupayaan homestay ini dalam menarik pengunjung.
Kampung Pelegong banyak menerima anugerah melalui pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan, antaranya ialah Anugerah Kampung Terbaik peringkat Negeri 2001. Homestay Kampung Pelegong pada mulanya dibentuk dan digerakkan sebagai program K3P anjuran Jabatan Penerangan Malaysia yang membuat kempen K3P iaitu kumpulan menulis, membaca dan mendengar. Pada masa itu, program ini banyak menerima kunjungan pelajar yang diatur oleh kolej dan universiti berdekatan. Apabila kerajaan, melalui Kementerian Pelancongan, mula memberi tumpuan kepada pembangunan homestay, projek komuniti di atas telah didaftarkan di Kementerian tersebut sebagai sebuah homestay pada tahun 1996. Bermula dengan hanya dua rumah yang diberi sijil sebagai peserta tuan rumah, hari ini homestay Kampung Pelegong mempunyai 25 peserta tuan rumah yang diiktiraf. Homestay ini pernah menerima anugerah Resort Alam Semulajadi Terbaik dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia).

Alamat
Homestay Kampung Pelegong
Homestay Pelegong, no.3,Anjung Bestari, Kg Pelegong,Batu 8 Labu, 71900, Seremban, Negeri Sembilan
Tel:+60133470825 Faks:+6067615834 Email:imahakob@tm.net.my

Saturday, August 29, 2009

Hari demi hari berlalu...

Saya baru saja sampai rumah ni, letih pun ada coz tido kat dalam bas td, biasa la kan.kejap2 sedar. Sampai jer rumah, aku tengok keadaan mak aku, berdasarkan aku tny abang saya tadi, dia kata dah ada peningkatan dah dalam keadaan kesihatannya. Mak saya dah mula boleh jalan slow2. Cuma kaki dan tangan dia kebas lagi... Sekarang ni abang saya ngah bawak mak ke Melaka untuk jalani perubatan akupuntur. Saya harap mak saya cepat sembuh dan cm biasa coz dia pun x sangka dia kan dapat sakit ni sedangkan dia x da darah tinggi pun. Just hasil dari X-Ray, Dr kata kolestrol mak tinggi. That y leh sakit ni.
Ok la, macam biasa yang seperti saya janji kan sebelum ni, saya akan terus membicarakan kehendak blog saya ini iaitu perkenalkan n.Sembilan pada rakan-rakan blog di samping saya ceritakan tentang diri saya dari semasa ke semasa pada rakan yang lain.
Pada kali ini, saya akan membawa rakan-rakan blog yang lain untuk melihat homestay-homestay ayng ada di N.Sembilan. Di sini, banyak homestay yang telah diwujudkan untuk membolehkan pengunjung lebih tahu lagi mengenai N.Sembilan ini. Di N.Sembilan, homestay yang paling popular sekali adalah homestay kampung lonek. Homestay ini telah mendapat banayak liputan termasuk dalam rancangan Perlancongan di Tv3. So, untuk ketahui lebih lanjut mengenai homestay ini dan homestay yang lain, mari kita sama-sama melihatnya dan sekiranya anda berminat untuk menyertai mana-mana homestay di sini, anda boleh berhubung terus dengan pengurus-pengurus homestay seperti yang akan saya terterakan sebentar sahaja lagi. Slmt Menonton...

Wednesday, August 26, 2009

Gambar Ulu Bendul...


Tempat mandi manda yang amat menyeronokkan






Air yang bersih di Ulu bendul






Pemandangan yang cantik di sekitar kawasan Ulu Bendul








Pintu masuk Ulu Bendul






Tempat mandi manda di bawah kaki bukit

Jom Jalan-Jalan- Ulu Bendul


Hutan lipur ini terletak di KM 20 jalan Seremban - Kuala Pilah di dalam Hutan Simpan Angsi. Ia mengambil masa kira-kira 20 minit dari bandar Seremban. Terdapat Gunung Angsi setinggi lebih kurang 825 meter dari aras laut dan ia boleh didaki dengan menyusuri Sungai Batang Terachi. Landskap semulajadi di sini menjadikannya unik untuk mandi-manda dan sesuai bagi aktiviti lasak, berkelah, berkhemah dan bersiar-siar.Kebanyakan pengunjung adalah penduduk tempatan sekitar Seremban atau kampung berhampiran, tetapi ada juga sanggup memandu dari ibu kota ke destinasi ini.
Kebanyakan tertarik dengan keluasan kolamman di buatan yang boleh memuatkan 100 pengunjung. Ia menarik perhatian pengunjung terutama mereka yang pertama kali datang ke sini.
Ada yang datang bersama ahli keluarga berendam seharian. kerana ia seperti menyediakan kolam mandi percuma kepada pelancong.
Selain itu, kolam mandi yang lebih selamat untuk kanak-kanak disediakan berhampiran kolam utama sesuai untuk golongan cilik.
Pembinaan kolam berasingan ini memudahkan ibu bapa memantau dan mengawasi anak mereka.
Bagi yang mahu mandi-manda di kawasan air terjun dan sungai berbatu, mereka hanya perlu berjalan kira-kira 100 meter dari kawasan kolam mandi itu.
Di sini orang ramai boleh mandi dengan selamat sambil melihat pemandangan hutan lipur yang semula jadi.
Jika mahu mandi di jeram yang lebih dalam, mereka boleh menyusuri sungai itu, tetapi harus berhati-hati ketika melalui kawasan berbatu kerana ia agak licin dan manakala paras airnya lebih dalam.
Ulu Bendul juga menyediakan lokasi perkhemahan sesuai untuk individu atau mereka yang datang secara berkumpulan. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan mereka antaranya mendaki bukit, meredah hutan, memancing dan menikmati keindahan flora dan fauna.
Selepas puas melakukan pelbagai aktiviti, pengunjung boleh membeli pelbagai barangan di gerai di parkir taman rekreasi itu.
Jika mahu makan, mereka boleh menikmati pelbagai juadah di gerai makan berhampiran pintu masuk taman.

Perjalanan Harus Diteruskan...

Pada hari ini, saya duduk dalam keadaan x senang hati coz semalam saya mendapat 1 pangggilan dari adik saya yang menyatakan mak saya masuk hospital. So, saya x dapat nak balik sekarang coz besok saya ada presentation yang perlu dilakukan dan lusa pulak saya ada exam yang perlu dihadapi.
Nak x nak, saya terpaksa beli tiket balik pada hari jumaat selepas saya habis exam... Baru seminggu saya balik kampus, saya kena balik semula coz faktor kesihatan mak saya. Tapi, x per, saya harap mak saya cepat sembuh dan saya harap rakan-rakan blog yang lain turut berdoa agar orang disekeliling kita sihat sejahtera dan dalam keadaan yang bahagia.
So,mungkin dalam 2 @ 3 hari ini saya x dapat nak update blog saya kerana saya tidak berada di kampus.Walaubagaimanapun, perjalanan perlu diteruskan. Ok, untuk kali ini, saya akan terus memperkenalkan tempat yang menarik pada anda semua. Pada posting yang lepas, saya telah membawa anda lihat kawasan Port Dickson. Tetapi, pada kali ini saya akan membawa anda semua ke Ulu Bendul pula yang terletak di Kuala Pilah. Jom kita lihat pada link yang akan saya masukkan selepas ini. Diharapkan anda terhibur... Sekiranya anda mempunyai maklum balas, boleh la memberi komen kepada saya untuk memperbaikinya.Tq...

Tuesday, August 25, 2009

Jom Jalan-Jalan- Port Dickson

Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan. Maksudnya Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan. Ia ialah kawasan yang kedua terkecil di Negeri Sembilan.

Port Dickson menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh dari bandaraya untuk penduduk tempatannya relaks. Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.

Nama Port Dickson diambil sempena nama Sir John Frederick Dickson, seorang pegawai British pada zaman penjajahan British. Nama asal Port Dickson ialah Tanjung atau Tanjung Tin. Ini kerana muka bumi pantainya berbentuk tanjung kecil yang membolehkan kapal-kapal berlabuh. Nama lainnya ialah Arang kerana ada kilang menghasilkan arang di hadapan pantainya.

Port Dickson terkenal kerana adanya pantai yang panjang dan indah dari Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar hingga ke Pasir Panjang. Pantai Teluk Kemang yang cantik ialah di Batu 8 dan Batu 7. Pantainya landai, bersih, pasir putih halus dan dilengkapi dengan kedai makanan, bilik mandi dan tandas serta pondok-pondok rehat.

Jom Jalan-Jalan- Destinasi Kedua

Pada masa yang lalu,saya telah bawa anda ke tempat menarik iaitu Istana Seri Menanti @ dikenali sebagai "Isatana Lama". Saya harap rakan-rakan blog saya sekiranya ada pergi ke N.Sembilan, jangan lupa melawat Istana tersebut...Ok pada kali ini saya akan membawa anda ke tempat peranginan pula. Siapa tidak kenal dengan Port Dickson atau lebih dikenali sebagai PD. Di PD ini telah mendapat sambutan yang ramai bukan sahaja pada musim cuti sekolah, malah hari-hari biasa pun mendapat sambutan yang ramai. Tempat ini adlah sesuai bagi keluarga yang ingin berkelah sambil mandi manda.So, untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai PD, mari kita lihat dengan lebih detail di link yang telah saya sediakan. Selamat menonton...

Jom Jalan-Jalan- "Istana Lama"


Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut.

Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992. Atas kesedaran DYMM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja ialah di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan.

Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana.

Jom Jalan-Jalan- Istana Seri Menanti


Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Kini, memandangkan ia suatu warisan sejarah, istana itu telah berubah "peranannya" menjadi muzium. Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau.

Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.

Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.

Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. Pasak kayu keras digunakan bagi menyambungkan papan. Atap istana ini mewakili tanduk kerbau. Tanduk kerbau dianggap sebagai lambang keamanan.

Monday, August 24, 2009

Peta N.Sembilan Darul Khusus


Peta ringkas dan padat





Peta N.Sembilan Darul Khusus






Ketahui jarak (Km) antara bandar di N.Sembilan Darul Khusus

Macam biasa, untuk memudahkan kita ke destinasi yang ingin ditujui, kita perlu mengetahui jarak bagi sesuatu tempat. Dengan ini, perjalanan kita akan menjadi lancar. Oleh itu, saya ingin menyediakan jarak antara bandar untuk memudahkan rakan-rakan blog saya ke tempat yang ingin dilawati di N.Sembilan.

Jarak Antara Bandar - Negeri Sembilan

BandarSbnPDTpnGmsKKRmbKPBhuBSJBBN
Sbn***3346100332738607528
PD33***791336660719310861
Tpn4679***54791939617074
Gms10013354***13373573552123
KK336679133***6053534561
Rmb2760197360***58808955
KP387139575358***223166
Bhu60936135538022***1588
BSJ75108705245893115***103
BBN28617412861556688103***

Key

Sbn = Seremban
PD = Port Dickson
Tpn = Tampin
Gms = Gemas
KK = Kuala Klawang
Rmb = Rembau
KP = Kuala Pilah
Bhu = Bahau
BSJ = Bandar Sri Jempol
BBN = Bandar Baru Nilai

Dengan adanya panduan ini, saya berharap rakan-rakan blog boleh menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa...Hobin Jang Hobin...

Bendera dan Jata N.Sembilan Darul Khusus





BENDERA NEGERI SEMBILAN


TANAH KUNING

Bermakna D.Y.M.M Raja.



BAHAGIAN TIGA SEGI YANG BERWARNA MERAH

Bermakna rakyat.



BAHAGIAN TIGA SEGI YANG BERWARNA HITAM

Maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.
JATA NEGERI SEMBILAN

SEMBILAN TANGKAI DI DALAM PERISAI
Bermaksud sembilan buah negeri dalam gabungan Negeri Sembilan yang lama.

WARNA MERAH DALAM PERISAI
Menunjukkan hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British.

WARNA HITAM
Bermaksud Dato'-dato' Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.

WARNA KUNING
Bermakna Yang Di-Pertuan Besar.

BINTANG PECAH SEMBILAN
Adalah menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan yang sama.

PEDANG DAN SARUNG DI ATAS PERISAI
Tanda keadilan.

DI TENGAH-TENGAH ANTARA PEDANG DAN SARUNG
"Changgai Putri" tanda kebesaran Yang Di-Pertuan Besar



Salam Ramadhan...

Pejam x pejam, celik x celik... Setahun demi setahu berlalu, raya demi raya berlalu. Emm, cepatnya masa berlalu. Musim puasa pun dah kembali, nampaknya semua yang beragama Islam akan berpuasa selama sebulan sebelum menghadapi Hari Raya Aidilfitri. Sekarang dah pun masuk bulan ramadhan, saya harap rakan-rakan blog yang lain dapat mengamalkan banyak amal jariah dalam bulan yang mulia ini. Nanti boleh dapat pahala yang lebih... Ceh, macam saya puasa jer....huhuhu... xper, yang penting semangat itu kena ada kan... lagi pun kami kan duduk di dalam kawasan berbilang kaum iaitu di negara Malaysia yang tercinta, Tambahan pula Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib memperkenalkan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Oleh yang demikian, kita haruslah mengambil seruan ini untuk memastikan kita hidup dalam keadaan aman dan damai.

Ok, saya akan masuk kepada topik saya iaitu terus memperkenalkan tempat-tempat yang menarik di N.Sembilan. Minggu lalu, UUM telah memberikan cuti seminggu dimana cuti itu adalah cuti pertengahan semester, bukan cuti H1N1 yea...huhuhu...Dalan cuti seminggu itu, saya telah melawat di beberapa kawasan yang menarik di N.Sembilan di mana saya telah melawat Istana Seri Menanti yang terletak di Kuala Pilah. Di dalam istana tersebut memang mempunyai banyak barang yang bersejarah serta pelbagai barangan adat yang ada dan saya amat teruja apabila melihat barang-barang yang ada di dalam istana tersebut. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh mendapatkan maklumat di dalam link yang telah saya sediakan di dalam blog saya ini. Diharapkan anda terhibur.

Di dalam bulan yang mulia ini, saya ingin menyampaikan salam ramadhan, selamat berpuasa dan minta maaf sekiranya saya ada melakukan salah dan silap sepanjang saya berada di dunia dan di akhirat nanti.

Sapakah saya???

Salam sejahtera, Salam perpaduan dan salam 1Malaysia kepada semua. Selamat datang ke blog saya yang serba indah ini.Ini adalah pertama kali saya membuat blog dan untuk blog yang pertama ini saya akan memperkenalkan tempat-tempat perlancongan yang menarik di negeri yang penuh dengan adat iaitu N.Sembilan Darul Khusus.

Sebelum ini, saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang saya untuk memberikan salam perkenalan saya kepada rakan-rakan blog yang lain. Nama diberi Gan dan ramai rakan-rakan saya memanggil saya Comel kerana muka dan badan saya yang agak kebulatan. Tapi, saya tidak kisah dengan keadaan paras badan saya kerana itu adalah anugerah Tuhan yang telah berikan kepada saya. Syukur saya terhadap pemberian daripada Tuhan. Saya dilahirkan di N.Sembilan dan sehingga kini saya masih lagi menetap di N.Sembilan. Bagi blog ini pula, saya akan membawa rakan-rakan blog saya untuk lebih mengenali lagi tempat-tempat yang menarik dan indah di N.Sembilan. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai isi kandungan blog saya ini, teruskan untuk menonton blog yang saya buat ini dan jika terdapat sebarang kekurangan, saya ingin minta maaf. Al-maklum, kali pertama buat dan explore benda yang bernama blog... Sekian... Segala Kesulitan amat dikesali.