Thursday, December 3, 2009
Pict2 kenangan bagi aku...
Baby...
Band terbaik...
Travel at Hatyai, Thailand.
Sepadan x aku ngan dia...huhuhu...
Gambar ni aku ambik time aku g thailand kat shopping complex. Aku tgk model ni lawa, so aku ikut la stail dia.huhuhu...
Gambar ni aku ambik melalui pc apple kat bilik berita ni.
Macam biasa...
Emm, aku baru jer abis exam x lama ni, dan skrg ni ngah tggu result kuar.Arap2 aku dan kwn2 yg len dapat anugerah Dekan sem ni coz aku teringin sgt2 ngak dapat anugerah ni...Arap2 semua ni dapat aku capai selama aku dapat kat UUM ni...
Sekarang ni lak musim cuti semester, semua orang cuti, tp aku masih lagi kat UUM yang serba indah ni. Bkn aku x nak cuti, tp aku baru dapat 1 job dari pensyarah aku ni... Dia suh aku wat skit kejer dan pada masa t aku dapat income yg lebih walaupun cuti... Aku skrg bersama dgn pelajar sem 1 di mana diorg kena ambik kelas bahasa inggeris kat sini selama 8 hari. So, sambil2 t jgk, aku wat bisnes sampingan iaitu teruskan perniagaan jual topup aku ni kat kiosk celcom di DPP B.Muamalat. Thanks la pada Fakrul coz sudi pinjam kan kiosk ko selama semggu kat sini.
Baru jer tadi aku lik dari Homestay Kg Raga, Yan Kedah dimana aku kena tlg pensyarah aku yg byk tlg aku selama ni tuk tlg ambil pc apple ke sana. So, dengan aku x pernah g Yan t, aku men redah jer. Sampai2 jer kat R&R Gurun, aku bawak turun selai kertas dan aku bertny kat kakak yg jga kdai kat sana. Dengan panjang lebar nya akak t citer kat aku, so aku dapat peta ygv serba indah dan lengkap tuk ke sana. So, akhirnya aju selamat smp kat sana. Dengar2 homestay sana best...tp, aku x tau la coz aku berada kat sana dlm 3 jam cm t jer. Len kali, if ada peluang aku kan g lagi akt sana...
Ok la, if ada masa nanti, aku akan update lagi blog aku ni dan sekiranya sapa2 yg berminat nak beli celcom broadband, leh la contact aku ni ea...thanks...
Wednesday, November 4, 2009
Angin, ribut dah semakin reda...
So, sblm ni bergelora jd nya, huru hara jadi nya tentang persatuan aku ni...Nampaknya skrg ni dh jd makin reda, dh x jd cm sblm ni lg laa.Bgs la, t yg aku harapkan selama ni...Aku arap trajedi yg berlaku sebelum ni x kan berlaku lg pada masa depan yea....wat per la nak gaduh2 smp nak bertumbuk pasal benda2 kecik dan pasal org memburukkan lg keadaan. Sebelum ni aku pernah di fitnah makan duit, bendahari aku pulak penah difitnah mkn duit... Tp, org yg fitnah t hanya dgr ckp org jer smp x siasat dulu... Untuk bg org yg fitnah dulu t, untuk pengetahuan korang, wat per la korang g dgr org tua t ckp x da duit sedang kan duit persatuan ada lagi beb...kita ada wat rekod KEWANGAN setiap sem beb...Dan duit pun ada jgk kat aku dan bendahari ni... Yg org tua t lak nak memburukkan lg keadaan dan nak jga kepentingan diri dia jer, so yg jd mangsa, kitaorg jgk... Benda ni kita org tau coz ada sumber2 yg g tau, cuma kita wat x tau jer sbb kt hormat kat org tua t... Kt tau la byk lg kes yg ada kat org tua t, cuma kami kecian jer, t yg kami x nak ambik apa2 tindakan terhadapnya... Masa kna fitnah t sedih la jgk, tp dgn kekuatan yg Tuhan berikan, kami dpt lalui dgn tabah ati...
Bagi kwn2,thanks coz korang byk bg support kpd kami... Bg org tua t, kami berharap sgt2 supaya jgn la lg memburukkan lg keadaan. Cukup la dgn apa yg telah dilakukan sblm ni dan tolong la bg bdk2 ni claim duit program dimana diorg byk abis kan duit demi program yg telah dilaksanakan... Bkn kata progrm t x untung, malah untung byk sgt...wat per la nak simpan duit t demi x nak bg kwn2 kita ni claim... Diorg bkn sahaja penat, malah kena kuarkan duit sendiri lg... Yg dapat publisit, ko jgk...emm... aku x tau la nak kata per lg kat ko...
So, sekali lg bg mereka yg terasa, aku nak mintak maaf byk2 coz aku x berniat pon nak buruk2 kan korang, tp ckp pada yg benar...
OK, kita jmpa lg pada masa akan dtg... Gud Luck for Exam...
Tuesday, October 27, 2009
Kenapa terus terjadi benda ni???
Dalam hal ini, sapa yg harus dipersalahkan??? tepuk dada, tny ati anda... Adakah anda pernah membuat kesilapan??? Adakah anda pernah kutuk seseorang??? Tny diri sendiri...
Saya percaya, setiap orang mempunyai cara yang berbeza dlm menjadi ketua @ memerintah sesuatu perkara. Namun, dalam proses pemerintahan terhadap sesuatu perkara, seseorg ketua itu perlulah memahami apakah kehendak pekerjanya @ rakyatnya sebelum memerintah sesuatu. Jika seseorg ketua itu x memahami apa erti nya pentadbiran,hubungan, maka sesebuah pemerintahan itu tidak akn berdiri kukuh, malah akan menjadi perbualan org ramai.
So, kali ini aku nak terus bercerita tentang per yg telah terjadi dan per yg telah aku nampak, dan per yg aku dah dgr dalam projek di dalam persatuan aku ni. Aku x tau knp jd cm ni??? Aku merasakan semakin ari, semakin byk konflik dan peperangan yang berlaku dan sy khuatir 1 hari nant, persatuan aku ni akan jadi musnah dan hancur akibat daripada seseorg. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.
Knp kita x cuber memahami apa kehendak rakyat kita??? Knp kita nak buat sesuatu mengikut emosi dan mengapa kita perlu terlalu mengikut kata2 seseorg itu?Adakah dgn itu anda akan rasa bahagia???Mungkin ya, tp tidak berkekal lama dan mungkin akan musnahkan diri anda sendiri.
Daripada projek yg telah berlalu, masih ramai yg tidak berpuas ati mengenai projek yg mereka sertai. Knp, benda2 yg kecil boleh diperbesarkan? Adakah dihasut??? Jwpnnya, pk la sendiri kerana sy yakin anda boleh menilai sesuatu, yg mana baik dan yg mana buruknya...
Drpd sblm projek t, aku dh dgr mcm2 lg mengenai kutukan kpd aku, x puas ati dgn org sekelilingnya dan pelbagai lagi. Knp,dalam kita melakukan sesuatu memerlukan perkataan WAJIB dalam memaksa mereka hadir. Knp ia berlaku??? Sehinggakan if seseorg itu tidak mendgr arahan tersebut, maka bdk itu akan diugut dgn pelbagai perkara di dalam akademik mereka dan sehinggakan pelajar2 tkt dgn ugutan itu. Aku nak jgk tgk sama ada ugutan t menjadi kenyataan atau hanya kata2 kosong shj dalam menakutkan pelajar2. Saya yakin dan percaya pelajar2 memerlukan suasana yg aman untuk pembelajaran,namun, knp jd cm ni???
Kalo sy imbas kembali, pernah terjd seseorg tenaga pengajar di sini telah digantung kerja akibat drpd ugutannya kpd pelajar2nya. Maka, tenaga pengajar tersebut dikenakan tindakan. So, saya akan nantikan samada org yg memaksa ini akan dikenakan tindakan yg sama jika ia btl2 melakukannya.
Aku x berniat untuk kutuk seseorg @ mengata seseorg dlm blog ini. Tp, aku berdiri di tempat yg btl dan hny ingin meulahkan perasaan yg ada kpd anda semua. Kpd yg terasa, sy mohon maaf kerana apa yg sy ceritakan adalah benar2 berlaku dan tiada rekaan pun dlm citer ni...
Saya ingin mengeluarkan beberapa ayat yg telah sy terima drpd informer saya mengenai tindakan seseorg ketua dalam menjalankan tugasnya. "Ko ingat ko dah byr duit Rm... t besa la, kot bg makanan kucing aku lg mahal drpd per yg ko byr t", dan ada lagi ayat2 yg membuatkan sy kecewa sekali dimana sepatutnya kita bertolak ansur antara 1 sama lain, hormati sesama lain,ni tidak. Saya amat kecewa la dgn kata2 tersebut dan maaf sy tidak boleh menyatakan ayat tersebut demi menjga kerahsiaan informer sy. Maaf sekali lg.
Tp, sy btl2 cukup kecewa dgn tindakan ketua tersebut yg sggp mengeluarkan ayat2 tersebut. So, saya nak ingatkan, untuk memastikan hub itu sentiasa baik, kita perlulah hormati antara 1 sama lain, dan bukannya membuat sesuatu mengikutperasaan sendiri dan dgr la apa kehendak rakyat kita.
Aku rasa smp sini jer cerita aku ni dan aku akan menyusul kemudian ari dan maaf kpd mereka yg terasa dan niat sy cuma 1, kekalkan hub dgn harmoni antara rakan2 kita.
P/s~ Kemewahan dan pangkat darjah mungkin sementara jika di salah gunakan, maka berubah la sebelum ia menjadi kenyataan.
Wajah-wajah Ceria Viva PERMEDIA
Sunday, October 25, 2009
Dinner VIVA Media 1Malaysia
Hari demi demi, saat demi saat berlalu. Selama bertangguh masa berlalu, akhirnya grandinner Permedia 2009 telah berjaya dilaksanakan di Kuala Perlis, Perlis. Majlis tersebut telah didatangi lebih 100 orang tetamu yg terdiri drpd anak2 PERMEDIA iaitu dr sem 1 - sem 6. Majlis ini telah mendapat sambutan yg agak2 menggalakkan.
Dengan bayaran yang sgt murah ini, sumer ahli2 PERMEDIA dapat pergi dgn rela hati tanpa ada paksaan drpd mana2 pihak pun... Pada asalnya, aku mmg x g dinner ni coz aku da urusan di Kuala Lumpur, so demi nak support member2 ni (support ker), aku g la dinner ni. Aku sgt menghargai dinner ini.
Semlm, aku telah kenakan baju batik aku yg bewarna biru muda ni ke dinner t dan kwn aku malini pula telah jg patner dinner aku memandangkan baju aku yg sama colur dengan dia.Pada mlm t, mcm kenduri kawin aku ngan malini pulak...hahahaha... Aku naik keter ngan kwn2 baik aku iaitu ezzati, wan, umi, aina, dan malini. Ok, biar aku citer sorang2 pasal kwn aku ni.
Member aku sorang ni namanya ezzati. Kebiasaanya member aku ni sempoi jer la, ntah2 mlm td, peh3... lawa beb. cmjd org kedua lak.x mcm muka dia langsung. tp, anyway, dia sgt lawa siut... Sib bk dgn iman aku yg kuat, aku x cair ngan dia.hahahaha... Ezzati, ko mmg lawaaaaaaaaaaaa la mlm t smp ramai yg minat kat ko mlm t.
Ok, member aku wan pula. Dr naik keter lagi, dia dh bising2 coz tudung dia x btl sgt. Puas dia ejas tudung dia, tp x jd2 jgk. Wan mlm t kna kan baju warna ijau muda, kira lawa la mlm t dan aku dgr da org mintak num phone wan mlm t...peh... da terbukti kwn aku yg nama wan ni lawa mlm t. Dengan pakai kasut tumit tggi, akhirnya kaki dia sakit dan terpaksa berkaki ayam masa nak lik t.huhuhu...(sory wan). anyway,tahniah coz da org minta num phone ko mlm t...
Bagi umi lak, mlm t umi sempoi jer dengan nak jadi patner abg dia yg dah tggu kat kuala perlis lagi. So, mlm t umi dgn tidak memakai cermin mata tela ke dinner t dan aku dgr byk gmbr dia ambik ngan abg wan dia mlm t...Ceh, jeles la cm t.hahahahaha... Anyway, moga bahagian selalu dgn abg wan ea...
Aina lak mlm t lawa sukmo. Dengan berpakaian baju kurung mlm t, aina naik keter sama2 ngan kita, tp kecian la kat aina coz kpala dia terhantuk kat bumbung keter coz masa t kita dah lambat (mengalahkan VVIP), pe la, dgn rempit nya, ezzati telah memandu dgn sepenuh hati memecut ke tmpt dinner. Anyway, thanks coz tlg Gan tempah tiket dinner mlm t dan tahniah coz dapat anugerah pada mlm t. Cayok3...
Member yg last lak adalah patner aku malini. Malini lak kna kan sari yg lawa dan match dgn baju batik aku. So, secara x langsung dia dh jd patner dinner aku laa... Smp jer kat hotel t, malini dah solek kan aku supaya aku nampak bergaya skit mlm t. So, masa masuk dlm t, aku lak berkepit dgn malini dan pe lagi, ramai yg pandang aku ngan malini. So, aku wat x tau jer la. Wat cm besa jer laa...huhuhu... So, byk la jgk aku ambik gambar ngan malini mlm t. Dan aku da la terdgr mlm t da org nak ngurat malini ni...Sapa??? ...................Rahsia...hahahah...Anyway, thanks kpd malini coz sudi jd patner aku t and thanks a lot.
Sepanjang mlm t, kira ok la jga. Kiranya kita ni gler bergambar jer mlm t...hahahaha.... Xtvt ok la, tp terlalu protokol sgt. Arap2 len kali kt leh jd fun lg...So, aku nak ucapkan thanks kpd Pn.Sheila & keluarga, Pn.Nurin & husbandnya, Dr. Andrian, Dr. Nuraini dan yg paling penting Datuk Mustafa Maarof coz sudi hadir pada majilis kali ini.
So, saya arap sumer terhibur dgn mlm ni. Thanks 4 all. Tahniah kpd sumer pemenang2, kpd am, tahniah coz dpt 2 augerah penting pada mlm t.huhuhu...
Thanks sekali lagi...
Saturday, October 24, 2009
Kelas Kewartawanan Foto aku...
Friday, October 23, 2009
Kenapa jadi begini???
Dah la, aku pun x reti dah nak ckp cm ner dalam benda ni, kang aku terlebih ckp, x eleok lak...kot aku x ckp, masalah ni jadi makin besar lak...x per, apa2 pun, aku arap perkara ni boleh selesai dengan aman. Bagi kwn2 aku, aku arap korang bersabar dulu dan aku percaya, 1 ari nnt, sumern= ni akan terbukti MANA YANG BETUL, MANA YANG SALAH...
P/S~Maaf l Klo koran gyang terbaca ni terasa. Aku cuma nak luahklan per yang aku nak ckp ni jer...sORY...
Thursday, October 1, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Thanks...
Kepada Pn. Sheila, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Sunday, August 30, 2009
Homestay D' N.Sembilan
Suasana Kampung Lonek dikelilingi oleh pemandangan saujana kehijauan sawah padi, ladang getah, dan kelapa sawit di samping pokok-pokok buah-buahan di sekeliling kampung. Di samping itu terdapat juga perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana yang berasaskan rotan, buluh dan mengkuang untuk seni kraftangan, juga mee kuning dan kuih-muih tradisional masyarakat kampung.
Dengan projek tanaman padi yang meluas di Kampung Lonek ini, maka pihak Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Homestay Lonek mengambil inisiatif untuk mengadakan Pesta Mengemping sebagai nostalgia budaya dan warisan nenek moyang kita dahulu.
Homestay Kg Lonek terletak di dalam daerah Jempol, N.Sembilan. Bagi pelancong yang datang dari arah utara, mereka boleh melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur - Johor sehingga ke Seremban. Dari lebuh raya, di susur keluar ke Senawang, terdapat signboard ke KUALA PILAH. Mereka boleh mengikut arah Kuala Pilah, dengan melalui Bandar Senawang, jalan Bukit Putus, Ulu Bendul serta Kuala Pilah. Sampai di Kuala Pilah, anda akan lihat papan tanda di persimpangan Kuala Pilah iaitu arah kiri ke Homestay Kg Lonek. Ikut arah itu, dan melalui jalan ke PEKAN BATU KIKIR. Selepas Pekan Batu Kikir, ada simpang ke kanan ke Homestay Kg Lonek. Menghampiri Homestay Kg Lonek, anda akan melalui Teratak Zaaba yang berada di sebelah kawasan Homestay Lonek. Selepas Teratak Zaba, anda akan lihat signboard ke kanan, Homestay Kg Lonek 1.9 KM.
Bagi pelancong dari selatan tanah air, mereka boleh melalui jalan samada dari Gemas, Muazam ataupun Rompin. Mereka boleh mengikut arah jalan ke BAHAU. Homestay Kg Lonek terletak lebih kurang 3 KM dari Bahau. Mereka juga boleh mendapatkan pengangkutan Keretapi Tanah Melayu yang terus ke BAHAU. Agen kami pasti berbesar hati menjemput anda di Bahau.
Alamat
Homestay Kg. Lonek
No.10, Kampung Lonek, Batu Kikir, 72100, Bahau, Negeri Sembilan
Tel:+60192871410 Faks:+6064984379 Email:homestay_lonek@yahoo.com.my
F’Best Homestay terletak kira-kira 100 km dari Bandar Seremban dan ia merangkumi tujuh rancangan Felda yang meliputi 6805 hektar kawasan perkampungan dan ladang. Ianya juga terletak berdekatan PULAPOL dan merupakan laluan ke beberapa tempat menarik di Pantai Timur seperti Tasik Cini.
Pengunjung boleh menaiki teksi atau bas (Damai Express, SKB Express dan Transnasional) untuk ke homestay ini dari Seremban ke Bahau. Dari Pekan Bahau, lazimnya pihak homestay akan mengatur untuk membawa pengunjung ke homestay menggunakan kereta atau van. Perjalanan menggunakan kereta dari Seremban akan melalui Kuala Pilah, Batu Kikir dan Bandar Seri Jempol. Laluan ini merupakan laluan ke Pantai Timur.
Alamat
F’Best Homestay
Pejabat Felda Serting Hilir 4, Serting Hilir Kompleks, , 72120, Bandar Sri Jempol, NEGERI SEMBILAN
Tel:064685424 Faks:064685424 Email:fbesth@stremyx.com
HOMESTAY BATANG NYAMOR
Mendapat nama apabila Batin Pak Nilu, anak Batin Chepa dan ipar kepada Batin Skudai ingin membina penempatan. Semasa meneroka hutan, Batin Pak Nilu telah bertemu sebatang pokok Merbau yang luar biasa besar dan tingginya. Setelah habis ditebang (14 hari) dengan menggunakan kekuatan tenaga zahir dan kekuatan batin tumbanglah pokok Merbau yang besar itu. Kawasan yang diteroka begitu dan akhirnya di bina dua penempatan.
Oleh itu, Kampung Mungkal berasal dari pangkal pokok Merbau yang luar biasa besarnya. Batang Nyamor pula berasal dari batang pokok Merbau yang terjemur. Nama Rembau berasal dari pohon Merbau yang ditebang oleh kedua-dua Tok Batin. Manakala Kampung Jeram pula berpunca dari Jeram yang terbina dan terbentuk dari sebatang sungai yang mengalir di kampung ini. Dimana air sungai yang mengalir ini menjadi sumber minuman penduduk bermula dari penerokaan penempatan ini lagi.
Alamat : Homestay Batang Nyamor
No 61 Batang Nyamor, 71350, Rembau, Negeri Sembilan
Tel:013-6543746 Faks:06-4383828 Email:hokopkbn@yahoo.com
Kampong Pachitan dibuka pada tahun 1922 oleh pendatang-pendatang dari Pulau Jawa Indonesia. Kampung ini dinamakan Kampong Pachitan sempena mengambil nama satu daerah di Pulau Jawa iaitu Pacitan kerana kebanyakan pendatang-pendatang berasal dari daerah tersebut.
Merupakan satu-satunya homestay di Negeri Sembilan yang mengamalkan adat resam masyarakat jawa. Dengan semangat gotong-royong penduduk-penduduk kampung telah bersama-sama mengindahkan kampung ini dan hasil daripada usaha tersebut kampung ini telah dinobatkan Juara Kebangsaan Kategori Keindahan & Keceriaan bagi Pertandingan Kampung Desa Wawasan tahun 2006.Keutuhan kehidupan bermasyarakat yang diamalkan dengan semangat gotong-royong yang menjadi darah daging telah menjadikan kampung ini begitu unik dan menarik untuk dikunjungi.
Langkah pertama anda di sini akan kami sambut dengan paluan kompang, silat jawa dan Minuman Selamat Datang ( Jelly Kelapa ). Keramahan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh penduduk-penduduk kampung akan membuatkan anda merasa seperti dikelilingi oleh keluarga sendiri ditambah dengan keenakan masakan ala jawa yang dihidangkan seperti Nasi Ambang dan aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan membuatkan ada berat hati untuk meninggalkan kampung ini.
Alamat
Homestay Pachitan
Kampong Pachitan Chuah, 71960, Port Dickson, NEGERI SEMBILAN
Tel:6012 - 6075597 Faks:606 - 6581202 Email:pachitanhomestay@yahoo.com.my
Homestay ini telah ditubuhkan pada 25 September 2008 dan merupakan homestay ke 8 yang diwujudkan di Negeri Sembilan. Jelebu merupakan Daerah yang cantik dan menarik serta juga kaya dengan tradisi yang datangnya dari Pulau Sumatera, Indonesia iaitu “ Adat Perpatih “. Adat Perpatih ini merupakan adat yang sebenar mereka amalkan. Daerah jelebu dikelilingi oleh Hutan Katulistiwa yang menghijau.
Dengan suasana persekitaran yang mengekalkan alam semulajadi dan budaya Adat Perpatih, Homestay Klawang mempunyai satu keunikkan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara
untuk sama-sama mengecapi suasana kampung yang masih terpelihara alam semulajadinya dan mengekalkan ciri-ciri tradisinya.
Homestay Klawang terletak di Daerah Jelebu, Negeri Sembilan. 78 kilometer dari Kuala Lumpur dan 40 kilometer dari Seremban dengan anggaran masa perjalanan hanya mengambil masa selama 20 minit dari bandar Seremban dan 40 minit dari KLIA.
Untuk sampai ke homestay ini, anda boleh mengambil perkhidmatan teksi sewa dan bas 'City Liner' dari Terminal 1 di bandar Seremban.Jika anda ingin memandu sendiri, anda boleh memandu melalui jaringan Lebuah Raya Bukit Tangga sehingga tiba di Pekan Kuala Klawang, Jelebu. Setibanya di Pekan Kuala Klawang, terdapat banyak papan tanda tunjuk arah yang akan membantu anda untuk mudah sampai ke homestay ini.
Alamat
Homestay Klawang
JAWATANKUASA HOMESTAY KLAWANG KAMPUNG HULU JELEBU KUALA KLAWANG , 71600, Jelebu, Negeri Sembilan
Tel:06-6137972 Email:hawanajelebu@gmail.com.
HOMESTAY GEMAS
Homestay Gemas telah diwujudkan pada tahun 2006,ia merupakan gabungan 4 buah kampung tradisional yang terdapat di daerah kecil Gemas iaitu Kg Londah,Kg Ulu Ladang,Kg Bangkahulu dan Kg Ladang.Tinggalan sejarah seperti Tugu Peringatan Sg.Kelamah dan Laluan Hang Tuah-Tun Teja adalah antara tarikan bagi homestay ini selain daripada sawah padi yang menguning dan produk kraftangan yang berasaskan kelapa. Homestay ini juga menawarkan masakan traditional seperti kuih Tat Seberang dan madu Lebah Asli untuk dicuba dan dirasai oleh pelancong yang datang.
Homestay Gemas juga mempunyai kemudahan tapak perkhemahan di tepi Sungai Muar yang dikenali Danau Kubang. Disini juga tersedia kawasan rekreasi yang menyediakan gelanggang futsal,dewan terbuka dan bilik persalinan.
Tarikan eco pelancongan yang ingin dieksplotasikan adalah Gua Emas yang sekian lama tersembunyi keunikannya yang tersendiri. Gua Emas ini juga yang menjadi sumber pendapatan penduduk Gemas pada zaman dahulu. Oleh kerana emas begitu berharga dan ramai orang yang mendapat keuntungan maka nama Gemas diambil atas nama Gua Emas. Ianya kekal sehingga sekarang.
Bagi pengunjung yang menggunakan jalanraya, mereka boleh melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan turun di Simpang Ampat,Alor Gajah,Melaka.Dari Simpang Ampat, perjalanan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Homestay Gemas dengan melalui Bandar Tampin dan Pekan Gemencheh.Manakala yang menaiki keretapi, Pekan Gemas merupakan tempat perhentian keretapi dari utara,selatan dan timur.
Alamat
Homestay Gemas
Dataran Homestay Gemas, Kampung Ulu Ladang, 73400, Gemas, Negeri Sembilan
Tel:012-7971878 Faks:07-9481143 Email:homestaygemas@ymail.com
HOMESTAY LAMAN BANGKINANG
Program Homestay Laman Bangkinang adalah lebih cenderung ke arah life-style homestay yang berkonsepkan kehidupan kampung tradisi dan warisan budaya berlandaskan Adat Perpatih.Ini merupakan niche Homestay Laman Bangkinang.
Homestay Laman Bangkinang terletak di dalam Mukim Ulu Jempol,Kampung Tapak adalah sebuah kampung tradisi yang berkeluasan kira-kira 6km persegi.Dengan jumlah penduduk melebihi 200 orang,yang mendiami 48 buah rumah.
Secara geografinya,Kampung Tapak terletak di ulu lembangan Sungai Jempol,di celah gugusangugusan hujung selatan Banjaran Titiwangsa.dengan hubungan jalanraya yang amat baik,ia dihubungkan terus dari pekan Batu Kikir sejauh 12km,pekan terhampir dan laluan utama ke Kampung Tapak.Jarak dari bandar Kuala Pilah adalah 26km.Kampung Tapak juga boleh dikunjungi melalui Pertang di daerah Jelebu
Alamat
Homestay Laman Bangkinang, Kg. Tapak
no.8888, Kg. Tapak, 72200, Batu Kikir, NEGERI SEMBILAN
Tel:0122752234 Faks:064983301 Email:bangkinang_2000@yahoo.com
HOMESTAY KAMPUNG PELEGONG
Homestay Kampung Pelegong merupakan sebuah perkampungan di Negeri Sembilan yang hanya 15 km dari Bandar Seremban. Kebanyakan penduduk homestay ini mewarisi adat budaya Minangkabau yang dibawa dan diamal oleh nenek moyang yang merupakan pendatang dari Sumatra Barat, Indonesia. Keunikan adat budaya ini menjadi satu daya tarikan kepada homestay Kampung Pelegong, lebih-lebih lagi Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri di Malaysia di mana penduduknya mewarisi dan mengamal cara dan budaya Minangkabau. Disamping itu, keindahan alam semulajadi yang mengelilingi kawasan kampong ini juga menambah keupayaan homestay ini dalam menarik pengunjung.
Kampung Pelegong banyak menerima anugerah melalui pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan, antaranya ialah Anugerah Kampung Terbaik peringkat Negeri 2001. Homestay Kampung Pelegong pada mulanya dibentuk dan digerakkan sebagai program K3P anjuran Jabatan Penerangan Malaysia yang membuat kempen K3P iaitu kumpulan menulis, membaca dan mendengar. Pada masa itu, program ini banyak menerima kunjungan pelajar yang diatur oleh kolej dan universiti berdekatan. Apabila kerajaan, melalui Kementerian Pelancongan, mula memberi tumpuan kepada pembangunan homestay, projek komuniti di atas telah didaftarkan di Kementerian tersebut sebagai sebuah homestay pada tahun 1996. Bermula dengan hanya dua rumah yang diberi sijil sebagai peserta tuan rumah, hari ini homestay Kampung Pelegong mempunyai 25 peserta tuan rumah yang diiktiraf. Homestay ini pernah menerima anugerah Resort Alam Semulajadi Terbaik dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia).
Homestay Kampung Pelegong
Homestay Pelegong, no.3,Anjung Bestari, Kg Pelegong,Batu 8 Labu, 71900, Seremban, Negeri Sembilan
Tel:+60133470825 Faks:+6067615834 Email:imahakob@tm.net.my
Saturday, August 29, 2009
Hari demi hari berlalu...
Ok la, macam biasa yang seperti saya janji kan sebelum ni, saya akan terus membicarakan kehendak blog saya ini iaitu perkenalkan n.Sembilan pada rakan-rakan blog di samping saya ceritakan tentang diri saya dari semasa ke semasa pada rakan yang lain.
Pada kali ini, saya akan membawa rakan-rakan blog yang lain untuk melihat homestay-homestay ayng ada di N.Sembilan. Di sini, banyak homestay yang telah diwujudkan untuk membolehkan pengunjung lebih tahu lagi mengenai N.Sembilan ini. Di N.Sembilan, homestay yang paling popular sekali adalah homestay kampung lonek. Homestay ini telah mendapat banayak liputan termasuk dalam rancangan Perlancongan di Tv3. So, untuk ketahui lebih lanjut mengenai homestay ini dan homestay yang lain, mari kita sama-sama melihatnya dan sekiranya anda berminat untuk menyertai mana-mana homestay di sini, anda boleh berhubung terus dengan pengurus-pengurus homestay seperti yang akan saya terterakan sebentar sahaja lagi. Slmt Menonton...
Wednesday, August 26, 2009
Gambar Ulu Bendul...
Jom Jalan-Jalan- Ulu Bendul
Hutan lipur ini terletak di KM 20 jalan Seremban - Kuala Pilah di dalam Hutan Simpan Angsi. Ia mengambil masa kira-kira 20 minit dari bandar Seremban. Terdapat Gunung Angsi setinggi lebih kurang 825 meter dari aras laut dan ia boleh didaki dengan menyusuri Sungai Batang Terachi. Landskap semulajadi di sini menjadikannya unik untuk mandi-manda dan sesuai bagi aktiviti lasak, berkelah, berkhemah dan bersiar-siar.Kebanyakan pengunjung adalah penduduk tempatan sekitar Seremban atau kampung berhampiran, tetapi ada juga sanggup memandu dari ibu kota ke destinasi ini.
Kebanyakan tertarik dengan keluasan kolamman di buatan yang boleh memuatkan 100 pengunjung. Ia menarik perhatian pengunjung terutama mereka yang pertama kali datang ke sini.
Ada yang datang bersama ahli keluarga berendam seharian. kerana ia seperti menyediakan kolam mandi percuma kepada pelancong.
Selain itu, kolam mandi yang lebih selamat untuk kanak-kanak disediakan berhampiran kolam utama sesuai untuk golongan cilik.
Pembinaan kolam berasingan ini memudahkan ibu bapa memantau dan mengawasi anak mereka.
Bagi yang mahu mandi-manda di kawasan air terjun dan sungai berbatu, mereka hanya perlu berjalan kira-kira 100 meter dari kawasan kolam mandi itu.
Di sini orang ramai boleh mandi dengan selamat sambil melihat pemandangan hutan lipur yang semula jadi.
Jika mahu mandi di jeram yang lebih dalam, mereka boleh menyusuri sungai itu, tetapi harus berhati-hati ketika melalui kawasan berbatu kerana ia agak licin dan manakala paras airnya lebih dalam.
Ulu Bendul juga menyediakan lokasi perkhemahan sesuai untuk individu atau mereka yang datang secara berkumpulan. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan mereka antaranya mendaki bukit, meredah hutan, memancing dan menikmati keindahan flora dan fauna.
Selepas puas melakukan pelbagai aktiviti, pengunjung boleh membeli pelbagai barangan di gerai di parkir taman rekreasi itu.
Jika mahu makan, mereka boleh menikmati pelbagai juadah di gerai makan berhampiran pintu masuk taman.
Perjalanan Harus Diteruskan...
Nak x nak, saya terpaksa beli tiket balik pada hari jumaat selepas saya habis exam... Baru seminggu saya balik kampus, saya kena balik semula coz faktor kesihatan mak saya. Tapi, x per, saya harap mak saya cepat sembuh dan saya harap rakan-rakan blog yang lain turut berdoa agar orang disekeliling kita sihat sejahtera dan dalam keadaan yang bahagia.
So,mungkin dalam 2 @ 3 hari ini saya x dapat nak update blog saya kerana saya tidak berada di kampus.Walaubagaimanapun, perjalanan perlu diteruskan. Ok, untuk kali ini, saya akan terus memperkenalkan tempat yang menarik pada anda semua. Pada posting yang lepas, saya telah membawa anda lihat kawasan Port Dickson. Tetapi, pada kali ini saya akan membawa anda semua ke Ulu Bendul pula yang terletak di Kuala Pilah. Jom kita lihat pada link yang akan saya masukkan selepas ini. Diharapkan anda terhibur... Sekiranya anda mempunyai maklum balas, boleh la memberi komen kepada saya untuk memperbaikinya.Tq...
Tuesday, August 25, 2009
Jom Jalan-Jalan- Port Dickson
Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan. Maksudnya Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan. Ia ialah kawasan yang kedua terkecil di Negeri Sembilan.
Port Dickson menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh dari bandaraya untuk penduduk tempatannya relaks. Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.
Nama Port Dickson diambil sempena nama Sir John Frederick Dickson, seorang pegawai British pada zaman penjajahan British. Nama asal Port Dickson ialah Tanjung atau Tanjung Tin. Ini kerana muka bumi pantainya berbentuk tanjung kecil yang membolehkan kapal-kapal berlabuh. Nama lainnya ialah Arang kerana ada kilang menghasilkan arang di hadapan pantainya.
Port Dickson terkenal kerana adanya pantai yang panjang dan indah dari Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar hingga ke Pasir Panjang. Pantai Teluk Kemang yang cantik ialah di Batu 8 dan Batu 7. Pantainya landai, bersih, pasir putih halus dan dilengkapi dengan kedai makanan, bilik mandi dan tandas serta pondok-pondok rehat.